KOTA BHARU: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memperkenalkan cat insulasi panas menggunakan sekam padi dalam usaha memantulkan haba daripada cahaya matahari pada Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah seliaan agensi itu.
Pengerusi SPNB Datuk Husam Musa berkata penggunaan bahan itu juga mampu mengurangkan penggunaan penyaman udara dan kipas pada kada tinggi sekali gus menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
Beliau berkata penggunaan cat berkenaan digunakan pada sebuah rumah RMR di Pasir Mas pada 2022.
"SPNB menyahut saranan kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk mengurangkan sisa biomas melalui kitar semula menggantikan kepada bahan yang lebih berguna melalui penggunaan produk ini dalam bidang pertanian," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Lawatan Kerja Ke Tapak Pembinaan Unit RMR (Parlimen Ketereh) di Kampung Tukor, Pangkal Pisang Peringat, di sini hari ini.
Husam berkata teknologi digunakan pada cat itu adalah hasil kajian yang dibuat oleh Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama agensi berkaitan Sains dan Teknologi di Sepanyol.
Sementara itu, Husam berkata SPNB telah melancarkan RMR 2.0 pada dua bulan lepas dengan spesifikasi asal dikekalkan manakala pembeli cuma perlu membayar RM55,000 tunai kepada SPNB dan rumah berkenaan dijangka siap dalam tempoh tiga bulan sahaja.
Beliau berkata di bawah program RMR 2.0, pelanggan SPNB tetap menikmati subsidi kerajaan sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah RMR berharga RM75,000 dibuka kepada golongan layak berpendapatan rendah (B40) iaitu RM5,000 ke bawah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024
Pengerusi SPNB Datuk Husam Musa (kanan) melakukan demonstrasi mengecat salah satu Projek Rumah Mesra Rakyat menggunakan Cat Insulasi Panas dengan formula khas diperbuat daripada sekam padi hari ini. - Foto Bernama
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
SPNB perkenal cat insulasi guna sekam padi pada RMR
SPNB memperkenalkan cat insulasi panas menggunakan sekam padi pada Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah seliaan agensi itu.
Husam Musa dilantik Pengerusi SPNB baharu
Husam dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd Nizar Zakaria.
Banjir: Kementerian Kewangan pertimbang bina rumah mesra rakyat kepada mangsa
Kementerian Kewangan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan mempertimbangkan untuk memberi kelulusan pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada mangsa banjir di seluruh negara.
SPNB perkenal 6 model reka bentuk baharu rumah mesra rakyat
Pengenalan model terkini tersebut akan memberikan nafas baru kepada SPNB dengan lebih pilihan tawaran reka bentuk berbanding hanya dua reka bentuk sebelum ini.
Dewan Rakyat: KPKT sasar hutang projek PR1MA dibatalkan, selesai menjelang 2023
KPKT menyasarkan semua hutang projek PR1MA yang dibatalkan dapat diselesaikan dalam tempoh tiga tahun lagi.
SPNB anggar RM600 juta perolehan tahun 2017
Syarikat Perumahan Negara Berhad menganggarkan perolehannya pada tahun 2017 adalah sebanyak RM600 juta.
SPNB serah wang pampasan insurans hayat kepada balu kakitangan
SPNB menyerahkan wang pampasan insurans hayat berkelompok berjumlah RM400,000 dan khairat kematian sebanyak RM2,000.
Tebus guna tapak kumbahan: 500,000 unit rumah SPNB mampu dibina
Jelasnya, kerjasama pintar itu antara lain membolehkan SPNB memajukan kawasan perumahan di tapak kawasan kumbahan milik Indah Water Konsortium Sdn Bhd.